|
A D V E R T I S E M E N T |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
 |
|
 |
|
 |
Terus ke DIREKTORI
Hotel & Chalet
Latarbelakang Pulau Pangkor
Permata di Selat Melaka
Pulau bersejarah ini kaya dengan
khazanah alam semulajadi – hutan, bukit-bukau dan laut. Ia menjadi tumpuan bukan
saja pelancong tempatan, tetapi juga pelancong luar negara. Antara yang menjadi
tarikan di pulau ini ialah Kota Belanda (Dutch Fort) dan Batu Bersurat
(Historical Rock) yang berhampiran.
Kota ini telah mencatat sejarah
yang panjang. Dibina dalam kurun ke-17 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda
sebagai kota bertujuan melindungi kapal-kapal dagang mereka. Kota ini sering
menjadi sasaran pahlawan Melayu yang menentang penjajah hingga beberapa kali ia
ditinggalkan.
Kota ini akhirnya dirobohkan
oleh pejuang-pejuang Melayu yang dipimpin oleh
Panglima Kulop.
Jabatan Muzium dan Antikuiti
Negara telah membina semula replika kota tersebut di atas tapak runtuhannya
berdasarkan maklumat-maklumat dan dokumentasi yang dikumpulkan.
(Baca
sejarah Pulau Pangkor...)
Eko-Pelancongan &
Agro-Pelancongan
Pulau Pangkor masyhur dengan industri
perikanan yang telah diusahakan semenjak dahulu lagi. Pangkor membekalkan ikan
segar yang berkualiti ke pasaran Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu hasil
laut seperti bahan makanan proses dinginbeku, ikan kering, ikan bilis dan
makanan ringan (satay fish) turut di pasarkan di bandar-bandar lain di Malaysia.

Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor,
anda akan berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana hasil laut diproses dan
anda boleh membeli barang-barang tersebut dengan harga yang istimewa.

|
 |
|
Spesis timun laut yang dipanggil sebagai
gamat emas
(stichopus horrens) di
kalangan penduduk tempatan, adalah bahan penting dalam pembikinan
produk perubatan tradisional dan produk kosmetik. Ia terdapat dengan
banyak di pesisiran Teluk Nipah khususnya di sekitar Pulau Giam. |

| Satu lagi aspek pelancongan yang kini
kian popular di Pulau Pangkor ialah eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki
kekayaan alam semulajadi, bukan sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan
fauna serta bentuk muka bumi yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga
kekayaan dasar laut iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan
unik. Tempat yang sering menjadi
tumpuan remaja menjalankan aktiviti perkhemahan ialah Teluk Segadas. Di
Teluk Nipah terdapat resort penginapan dan tapak-tapak perkhemahan yang
menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan kadar sewa yang berpatutan.
|
|
<< Burung enggang terdapat dengan banyak di Pulau Pangkor. Anda akan
melihat mereka terbang dan hinggap di dahan-dahan. Di Teluk Nipah anda boleh
beri enggang makan seperti anda beri makan burung merpati! |
|