A D V E R T I S E M E N T
 

 

 

 


Laman Utama > Lawatan & Aktiviti

Terus ke DIREKTORI Hotel & Chalet


Lawatan & Aktiviti

 

Kaki pancing? Atau lebih cenderung kepada yang lebih mencabar - seperti menyelam (scuba diving)? Atau mahu memenuhi percutian anda dengan acara-acara lawatan di Pulau Pangkor. Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut dan tempahan lawatan, trip memancing, menyelam atau pukat tarik yang meriangkan.

 

Jelajah Pulau Pangkor / Pangkor Island Tour
Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 10 orang) boleh diatur, termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Atau anda mahu mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.
 
     
Trip memancing / Fishing Trip
Memancing di perairan Pulau Pangkor (Pulau Dua, Karang Darat, Tanjung Terengganu, Rumah Raja dan dalam selat) atau Pulau Sembilan. Tekong-tekong ternama seperti Cokodok, Man Kanji, Pak Wahab, Pak Musa sedia membantu anda serta memberi tip-tip yang berguna. Trip memancing serba mewah (kapal yang lengkap dengan kabin, kemudahan asas dan sajian makanan) juga disediakan!
 
     
Trip Menyelam / Scuba Trip
Perairan Pangkor kaya dengan pelbagai spesis batu karang dan hidupan laut, dikatakan bilangan spesisnya lebih banyak daripada yang terdapat di terumbu perairan Sabah.
 
     
Pukat Tarik / Fish netting
Aktiviti unik yang ditawarkan, menangkap ikan dengan menggunakan pukat tarik. Bakal memberi kepuasan yang tidak terhingga.
 
     
Watersport
Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah berpusatnya aktiviti sukan laut seperti kayak, snorkeling, boat trip, dsb.
 
 
     
Outdoor
Selain sukan laut, Pulau Pangkor juga cukup ideal bagi penggemar sukan lasak seperti jungle trekking, abseiling, flying fox dan ekspedisi berbasikal.
 
     
     

Medan Kota Belanda, Teluk Gedung


Kolam ikan peliharaan di Taman Fu Lin Kung


Melihat aktiviti menangkap ikan bilis di
Teluk Nipah


"Batu kaki" - terbentuk secara semulajadi

 

Hubungi

Telefon
YATI 013-3323677, 017-5522177
FARID 019-2221684, 019-5634777
ROSE 013-2850055
BELLA 014-2554947 [sms sahaja]
Faks
03-32248206
Alamat Pos
No. 1, Pusat Penerangan Pelancongan, Jalan Sultan Idris Shah, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan
Mel Elektronik
pangkorholiday@yahoo.com